Selasa, 1 Februari 2011

Mesyuarat Agung Tahunan NAS Kali Pertama


Tanggal 30 Januari 2011, buat pertama kalinya berlangsungnya Mesyuarat Agung NAS sejak penubuhan dipenghujung tahun lalu. Mesyuarat agung yang bermula kira-kira pukul 9.15 malam itu telah dibuka tirainya dengan ucapan dasar pengerusi NAS dan kemudiannya disusuli dengan ucapan perasmian oleh YBrs. Ust Zulqarnain b. Hassan, Ketua Jabatan Al-Syariah. Selesai majlis perasmian, majlis beralih kepada sesi pengenalan calon dan terus kepada sesi pengundian. Setelah itu, sesi mesyuarat agung tahunan bermula dengan dipengerusikan oleh Sdr. Muhsin bin Ali. Sesi pengisytiharan keputusan pemilihan terpaksa ditangguh untuk diumumkan dalam Muktamar Sanawi PMKIAS Kali ke-15 disebabkan proses pengiraan undi yang memakan masa yang agak lama.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan