10 Januari 2011, Kota Bharu: 8 dan 9 Januari 2011 lalu menyaksikan penganjuran Kursus Pra Perkahwinan Islam anjuran bersama Jabatan Al-Syariah KIAS dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan yang bermula seawal 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari. Program ini telah mengupas 11 kertas kerja dan telah membariskan para pembentang yang terdiri dari kalangan Pegawai JAHEAIK dan juga pensyarah KIAS. Penyertaannya telah dibuka hanya kepada mahasiswa KIAS dan juga mahasiswa Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) yang berdekatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan