KIAS, Kota Bharu: Nadi Al-Syariah pertama kalinya sejak penubuhannya akhir tahun lalu telah meneruskan kesinambungan program Bicara Ilmiah yang dirintis pihak Jabatan Al-Syariah yang mana sebelum ini telah diadakan pada setiap bulan. Bicara Ilmiah kali ini yang diadakan pada 4 janurai lalu telah mengetengahkan tajuk Konsep Islam Liberal : 1 Kajian dengan dibentangkan oleh YBrs. Dr.Idris bin Awang (Timb. Ketua Eksekutif Hal Ehwal Akademik) ternayata mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan sekali bukan sahaja di kalangan mahasiswa bahkan juga dari kalangan pensyarah, kakitangan KIAS hatta pihak pentadbiran tertinggi KIAS seperti YABrs. Dr.Johari bin Mat (Ketua Eksekutif KIAS) dan YBrs Dr.Yaacob bin Yusoff (Pendaftar KIAS). Bicara Ilmiah kali ini nyata lebih hangat dengan sesi perbincangan yang melibatkan semua pihak samada mahasiswa, pensyarah dan pihak pentadbir. Masing-masing tampil melontarkan persoalan, pandangan dan perkongsian masing-masing. Ianya boleh disifatkan sebagai kali pertama berlaku bukan sahaja dalam program Bicara Ilmiah bahkan juga program-program lain sebelum ini di KIAS yang berbentuk pembentangan kertas kerja sebegini.
Antara isu yang diketengahkan dan selari dengan perkembangan semasa ialah berkenaan penggunaan nama Allah yang masih hangat diperkatakan. YABrs. Ketua Eksekutif dan YBrs. Pendaftar antara yang menunjukkan pra dan kontra masing.
Menurut YBrs. Pendaftar : "Kita tidak perlu bimbang atau panik dengan situasi ini kerana sebagai ummat Islam, kita mempercayai Tuhan dari segi rububiyyat dan uluhiyyat. sedangkan mereka (bukan Islam) mempercayai Tuhan yang bersifat uluhiyyat sahaja..."
Ketua Eksekutif pula berpandangan bahawa: "...kita perlu berhati-hati dan menyelidiki disebalik agenda mereka untuk mendapatkan hak penggunaan nama Allah ini. Ianya tidak mustahil sebagai salah satu cara untuk menyamatarafkan Islam dengan agama-agama yang lain..".
Beliau juga turut mendedahkan bagaimana usaha bukan Islam sebelum in untuk menggunakan perkataan lazim dalam Islam seperti umrah, haji, solat dan seumpamanya ke dalam istilah bagi ibadat mereka.
Dalam pada itu, beliau juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada pihak penganjur dan mengharapkan penerusan program ilmiah seperti ini yang sedikit sebanyak membantu menyuburkan bumi KIAS dengan biah ilmiah lagi solehah.
YBrs. Dr. Idris bin Awang sedang membentangkan kertas kerja
Ketua Jabatan Al-Syariah turut melontarkan pandangan
YAB.rs Dr.Johari ketika berbicara
Penyampaian cenderahati kepada pembentang oleh KE
Barisan hadapan dari kiri: YBrs. Dr. Yaacob, YABrs.Dr.Johari & KJ Al-Syariah
Antara pensyarah muslimat yang hadir
Antara pensyarah dan kakitangan KIAS muslimin yang hadir