Jumaat, 25 Disember 2009

Himpunan Warga Al-Syariah & Majlis Bersama MP Palestin

KIAS, Nilam Puri, Kota Bharu: Nadi Al-Syariah (NAS) dengan kerjasama Jabatan Al-Syariah telah mengadakan Himpunan Warga Al-Syariah KIAS yang mana telah berjaya mengumpulkan hampir sebahagian besar warga Jabatan Al-Syariah. Program yang bertarikh 7 Disember 2009M difahamkan bertujuan untuk memudahkan penyampaian maklumat terkini daripada pihak NAS mahupun Jabatan Al-Syariah disamping turut menekankan motivasi kepada mahasiswa dalam meningkatkan kecemerlangan, menjelaskan perjalanan NAS serta keperluan kebersamaan dalam organisasi terbabit dan turut bertujuan merapakan ukhwah warga AL-Syariah ini yang bertempat di Dewan Saddam Hussein bermula seawal 10.00pagi lagi dengan ketibaan para peserta.
Majlis yang dikendalikan Pengerusi NAS sendiri dalam ucapan aluan-aluan telah menekankan objektif atau tujuan program diadakan sebagaimana yang telah dinyatakan. Majlis yang kemudiannya dihangatkan dengan Motivasi Penagih Ilmu oleh Ust Hamidi Abd Ghani yang merupakan Mantan Ketua Jabatan Al-Syariah. Majlis kemudiannya telah diselangi dengan ketibaan tetamu kehormat iaitu 2 orang ahlpi parlimen Palestin bersama rombongannya dengan diiringi pihak pentadbiran KIAS iaitu Dr.Johari bin Mat (Ketua Eksekutif), Dr.Hilaluddin bin Abdullah (TKE HEP) bersama pengiring masing-masing. Ucapan daripada wakil 2 orang ahli parlimen tersebut turut menekankan konsep ummah yang seharusnya dirasai oleh ummat Islam dalam merealisasikan kesatuan Islam yang kian rapuh dimamah agenda pecah perintah yang dicanang kuffar. Majlis ringkas bersama ahli parlimen Palestin itu berakhir kira-kira lewat pukul 12.00 tengahari. Majlis diteruskan lagi dengan taujihat daripada Ust Zulqarnain Hassan (Ketua Jabatan Al-Syariah) dengan menfokuskan tema NAS iaitu "Ke Arah Melahirkan Generasi Faqih Berjiwa Daei" yang turut menekankan keperluan tarbiah dan kebersamaan dalam dunia kepimpinan di samping penyediaan diri mahasiswa dari sudut ilmu dan ibadat. Ketua Jabatan turut menyempurnakan pelancaran Tabung Kebajikan NAS diakhir ucapannya disusuli dengan acara cabutan bertuah yang memeriahkan lagi program.
Motivasi Penagih Ilmu Bersama Ust Hamidi Abd Ghani Ucapan daripada wakil MP Palestin


Cabutan bertuah yang disempurnakan Ketua Jabatan

Khamis, 24 Disember 2009

Bicara Ilmiah ; KONSEP ISLAM LIBERAL:SATU KAJIAN

TAJUK:

KONSEP ISLAM LIBERAL : SATU KAJIAN


OLEH:

YBrs. DR. IDRIS BIN AWANG

Timb. Ketua Eksekutif Hal Ehwal Akademik KIAS


TARIKH:

4 JANUARI 2009 (ISNIN)


MASA:

10.30 PG – 12.30 TGH


TEMPAT:

DEWAN TOK KENALI


DIWAJIBKAN KEPADA SEMUA MAHASISWA JABATAN AL-SYARIAH

&

TERBUKA KEPADA SEMUA

Khamis, 12 November 2009

Pengenalan Nadi Al-Syariah (NAS)

Nadi Al-Syariah (NAS) adalah sebuah kelab mahasiswa Jabatan Al-Syariah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang telah pun dilancarkan penubuhannya secara rasmi pada 24 Ramadhan 1430H bersamaan 14 September 2009M dengan disempurnakan oleh Dr. Zakaria @ Mahmood bin Daud selaku Timbalan Ketua Eksekutif Hal Ehwal Akademik (HEA) di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Antara tujuan dan matlamat penubuhan ini adalah:

1.Memantapkan penguasaan ilmiah di kalangan siswa dan siswi Jabatan Al-Syariah.
2.Memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli bagi merealisasikan konsep tolong-menolong dalam usaha mencapai kejayaan dalam bidang akademik.
3.Membantu pihak jabatan menjayakan program ilmiah/akademik untuk mahasiswa atau masyarakat.
4.Menjadi platform kepada mahasiswa jabatan ini untuk menganjurkan program bersifat akademik bagi kepentingan pengajian dalam bidang masing-masing.
5.Melatih mahasiswa jabatan ini kemahiran berorganisasi sebagai ilmu pelengkap apabila berada dalam masyarakat.

Sehubungan dengan menyambut baik kata-kata Ustaz Hamidi Abdul Ghani, Ketua Jabatan Al-Syariah dengan penubuhan NAS bagi melahirkan faqih berjiwa dai'e. Mahasiswa/wi bukan sahaja sepatutnya didedahkan dengan idea-idea ilmiah sahaja dalam kehidupan mereka di kolej-kolej atau IPTA/S tetapi mereka juga perlu belajar bagaimana untuk bergerak sebagai dai'e pada suatu hari nanti. Oleh itu mereka hendaklah didedahkan dengan asas-asas kepimpinan, cara berorganisasi dan yang berkaitan sebagai bekal untuk turun ke medan masyarakat sebenar.

Penubuhan ini bukanlah sebagai suatu beban kepada mahasiswa/wi yang sibuk dengan pengajian masing-masing tetapi ia menjadi salah satu medium kepada mereka khususnya dari jabatan Al-Syariah untuk bersama-sama memikirkan bagaimana untuk meningkat akademik mereka dengan usaha-usaha melalui prorgram-program yang akan dirancang dan dilaksanakan oleh jawatankuasa yang telah dilantik dalam NAS. Program yang bakal diadakan juga mungkin melibatkan masyarakat setempat bagi menyahut kata-kata ketua jabatan Al-Syariah iaitu bagi melahirkan 'faqih berjiwa dai'e' seperti yang diwar-warkan tadi.

Dengan kehadiran NAS ini, kami mengharapkan ia juga menjadi salah satu persatuan yang boleh bergerak bagi membantu persatuan-persatuan selain NAS di KIAS ini.

Mudah-mudahan dengan penubuhan kelab ini mampu menjadi medium dan proksi bagi mahasiswa Jabatan Al-Syariah khususnya dalam menyuarakan pandangan, melibatkan diri dalam kancah dunia kepimpinan dan menjadi medan permulaan bagi mendepani cabaran mendatang.